Jiran Wanita KRT Taman Permin Jaya menganjurkan Karnival Jiran Wanita KRT Zon Batu Buruk di Padang Perpaduan, Taman Permin Jaya, Chendering, Kuala Terengganu pada 10 Januari 2008. Perasmiannya disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Walaupun hujan beratus-ratus pengunjung telah datang termasuk Menteri Besar Johor, Ketua Menteri Melaka, menteri dan timbalan menteri untuk sama-sama memeriahkan karnival tersebut.
Pelbagai acara telah diadakan sempena karnival tersebut diantaranya ialah Pertandingan Gubahan Sirih Junjung, Pertandingan Gubahan Tuala,Pertandingan Masakan dan sukaneka yang disertai oleh KRT Zon Batu Buruk.
Disamping itu juga terdapat gerai-gerai pameran hasil produk kraftangan Jiran Wanita Permin Jaya, gerai Noor Arfa Batik, Kraftangan Malaysia, SRS KRT Taman Permin Jaya.
Karnival KRT Jiran Wanita Zon Batu Burok perasmian penutup disempurnakan oleh
Y.Bhg. Dato' Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Perasmian Karnival Jiran Wanita Permin Jaya oleh
Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Perasmian Penutup Karnival Jiran Wanita Permin Jaya oleh
Y.Bhg. Dato' Azman Amin bin Hassan
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional
Kunjungan Y.B Dato' Noraini ke gerai pameran
Lawatan Ketua Pengarah JPNIN Malaysia ke gerai peserta
Jualan kraftangan Jiran Wanita
Pertandingan Gubahan Sirih Junjung
Pertandingan Gubahan Tuala
sempena Karnival Jiran Wanita 2009
Acara Sukaneka sempena Karnival Jiran Wanita 2009




