PENGENALAN
Permin Jaya adalah singkatan kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu PMINT).
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Permin Jaya Chendering, Kuala Terengganu merupakan salah satu kawasan perumahan terawal yang didirikan di Daerah Kuala Terengganu.
Pada tahun 1980 – siap dibina dengan hanya 200 unit buah rumah.
Kini – wujud 660 buah rumah yang terbahagi kepada tiga fasa iaitu Taman Permin Jaya Fasa 1,2 dan 3 serta Taman Desa Jaya 1dan 2 (taman perumahan swasta)
Jenis rumah – Teres 1 Tingkat, 2 Tingkat, Semi-D 2 Tingkat, Banglo 1 Tingkat dan 2 Tingkat, Rumah Separuh Kekal dan Rumah Papan.
Jumlah penduduk terkini – 2500 orang (60% penghuni tetap dan 40% penyewa).
Pecahan Penduduk – 90% Melayu dan 10% Bukan Melayu.
Sektor pekerjaan penduduk – 40% Kakitangan Awam dan 60% bekerja sendiri.
Saturday, October 17, 2009
SEJARAH PENUBUHAN
Ditubuhkan pada 1985 dengan tujuan asalnya menjaga keamanan dan menyatu padukan penduduk di dalam konteks perpaduan.
Tahun 1995 – Penubuhan sayap organisasi KRT :-
1. Jiran wanita (Golongan wanita)
2. Jiran usia Emas (Umur 55 tahun ke atas)
3. Jiran Muda (Umur 15 hingga 23 tahun)
4. Tunas Jiran (Umur 14 tahun Ke bawah)
Penubuhan asalnya sebagai satu badan membantu kerajaan yang bertindak dalam unit atau organisasi mengawal keselamatan dan kesejahteraan kampung dan melakukan rondaan malam bagi memastikan tiada ancaman atau anasir luar yang mampu mengganggu keharmonian dan kemakmuran kampung.

Link to Google Maps
http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=5.271841,103.165226&spn=0.011367,0.02738&z=16
<

KAWASAN PERSEMPADANAN KRT
Merupakan sebahagian daripada kawasan Kampung Chendering,Kuala Terengganu, Terengganu.
Terletak 10km ke selatan daripada pusat Bandaraya Kuala Terengganu.
Keluasan kawasan Taman Permin Jaya adalah 3 kilometer persegi.
Terletak pada kedudukan latitude 103º 10’ 7” (Timur) dan
longitude 5º 16’ 18” (Utara) Unjuran Cassini.
Kawasan perumahan terbesar di daerah Kuala Terengganu dan menghadap ke laut China Selatan
Dihubungkan melalui Jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan di Batu 5½ (Km 8) belok ke kanan serta dihubungkan melalui Jalan Chendering ke Kubang Ikan.
Disebelah utara bersempadan dengan Taman Purnama, Kuala Ibai, di sebelah timur bersempadan dengan Kampung Raja Baran, sebelah selatan bersempadan dengan Kawasan Lot Perpindahan Permin Jaya, Taman Permin Jaya Fasa IV serta Taman Desa MBKT dan disebelah barat bersempadan dengan Kawasan Perindustrian Kecil Permin Jaya
PROFAIL KAWASAN
Merupakan sebahagian daripada kawasan Kampung Chendering.
Asalnya, merupakan kawasan berpaya yang ditumbuhi pokok nipah. Dahulu kawasan ini dikenali sebagai “kilang kacang” kerana terdapat sebuah kilang memproses kacang tanah, tetapi kilang tersebut telah pun ditutup.
Pada tahun 1981 pihak PMINT telah membangunkan kawasan ini dengan menebusguna tanah berpaya dan dijadikan tapak taman perumahan dan kawasan perindustrian.

Subscribe to:
Comments (Atom)