Saturday, October 17, 2009

PENGENALAN KRT TAMAN PERMIN JAYA

PENGENALAN

Permin Jaya adalah singkatan kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu PMINT).

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Permin Jaya Chendering, Kuala Terengganu merupakan salah satu kawasan perumahan terawal yang didirikan di Daerah Kuala Terengganu.

Pada tahun 1980 – siap dibina dengan hanya 200 unit buah rumah.

Kini – wujud 660 buah rumah yang terbahagi kepada tiga fasa iaitu Taman Permin Jaya Fasa 1,2 dan 3 serta Taman Desa Jaya 1dan 2 (taman perumahan swasta)

Jenis rumah – Teres 1 Tingkat, 2 Tingkat, Semi-D 2 Tingkat, Banglo 1 Tingkat dan 2 Tingkat, Rumah Separuh Kekal dan Rumah Papan.

Jumlah penduduk terkini – 2500 orang (60% penghuni tetap dan 40% penyewa).

Pecahan Penduduk – 90% Melayu dan 10% Bukan Melayu.

Sektor pekerjaan penduduk – 40% Kakitangan Awam dan 60% bekerja sendiri.

No comments:

Post a Comment